Sabtu, 26 Ogos 2017

Yeay,CUTI!!! Entry*6

Ogos Related image


Related image
Kerja sekolah is like a ghost!

Assalamualaikum,dear readers!(Saya syok sendiri ,mana ada orang baca...tapi tak pelah☺)Minggu ni ialah minggu di mana saya akhirnya boleh bersenang-lenang dan tak fikir langsung pasal sekolah.Tapi itulah sebab cikgu telah bersiap-sedia dengan kerja sekolah supaya kerja tu dapat menghantui kita sepanjang cuti sekolah yang sepatutnya bahagia ni.Betul ke'menghantui' tu? Entahlah....Apakah perancangan korang untuk cuti ni?Bercuti?Tengok TV je?Ataupun menjadi seorang anak yang bertanggungjawab dan menolong ibu bapanya MENGEMAS RUMAH ?Sebernanya saya pun tersentapšŸ¤£...Atau pun kalo korang budak asrama akan memenuhi cuti ini dengan mengqada' balik tidur korang tu.Anyway,good luck dengan perancangan korang tu.šŸ‘ Perancangan saya?Mungkin semua di atas dan juga saya merancang nak jumpa ngan sahabat sekolah rendah saya pada cuti ni♡.Korang komenlah di bawah tentang perancangan korang yang hebat-hebat tu dan sama ada korang setuju tak dengan pernyataan saya bahawa kerja sekolah tu bertujuan untuk menghantui cuti korang yang indah ini!Itu sahaja .Assalamualaikum dan bai,dear readers aka friends

Ahad, 20 Ogos 2017

My opinion on FRIEND-Entry*5

Image result for you grow to know what a real friendship isAssalamualaikum ,dear readers!Apabila kamu semua baca 'FRIEND' tu ,pasti korang akan terjemah kepada kawan.Yup,itulah apa yang saya akan tulis pada entry kali ini.Saya ada bagitau mengenai diri saya yang pendiam ini yang menyebabkan saya tiada kawan.Bukan tak ada kawan langsung tapi....yang ada mungkin kawan yang 'bagi salam kat dia dan tiada perbualan yang lain mengikuti selepas itu'.Tetapi sebelum saya bersedih atas sebab ini ,saya teringat satu kata-kata yang cam 'stuck'dalam kepala saya ni -'as we grow up,we don't lose friend we just learn who the real one are'.Mungkin saya takkan kisah sangat fikirkan saya x de kawan.Saya pun tau masalah ni pasti bukan untuk saya je tapi pasti ada orang lain rasa yang sama.so marilah kongsikan masalah anda tu ataupun jangan anda baca blog ni dengan memikirkan bahawa anda ini tiada kawan sebab apabila anda baca blog ni, 'you are automaticaly my friend!'So from here and on ,I 'm calling you readers as my officially friend!Thank you and good bye my dear friend.
Image result for funny i have no friends quotesImage result for pusheen

Sabtu, 12 Ogos 2017

School ?-Entry*4

Assalamualaikum, readers!(•/-•)/ Hello,hari ni saya nak Komen tentang sekolah saya šŸ˜—Saya nak Tanya siapa Yang dia x sayang pun sekolah dia?*angkat tangan diri sendiri..X pe ,jangan malu nak angkat tangan tu sbb korang ada teman (saya!).Walaupun kita ni x sayang sekolah kita tapi x bermakna kita tak nak hargai yg kita ni ada sekolah.Saya blh benci sekolah saya sebab setiap hari jumpa tangga..Tapi saya tetap bangga menjadi seorang pljr kat sekolah banyak tangga ni.Perkenalan mengenai sekolah saya .Sekolah saya ialah sebuah tempat para pelajar menuntut ilmu dan bukan ke tu sebuah fungsi sebuah sekolah.... Walaupun saya bertuah kerana menjadi pelajar sekolah tersebut tetapi saya rasa saya lebih bersyukur mengenangkan saya mempunyai sebuah tempat yang saya pergi setiap hari dan jemu dan kekadang stress la gak kat situ dan saya memanggilnya sekolah.Sebernanya itu bukan ayat yang mampu mendorong ramai budak bersyukur ada sekolah tetapi mendorong ramai budak fikir sekolah tu stress.Hmmm...
Hargailah sekolah anda walaupun banyak kelemahan atau kekurangan kerana sekurang-kurang anda ada tempat yang mampu membantu anda dalam menuntut ilmu dan membantu demi kesejahteraan masa depan anda.Korang boleh nilai sendiri apa yang saya tulis ni mampu mendorong para budak sayangkan sekolah mereka di ruangan komen.Assalamualaikum dan bai ,dear readers ku yang [enter your answer here].❤
Image result for i love schoolImage result for i love schoolImage result for i love school

Isnin, 7 Ogos 2017

Tazkirah*1-Entry*3



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Image result for merdekaMERDEKA.Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan 59 tahun kemerdekaan negara ini. Kini negara kita Malaysia telah menjadi sebuah negara maju di mata dunia. Namun disebalik 59 tahun mengecapi dan menikmati kemerdekaan, masih ada masyarakat di negara ini terutama generasi muda (tidak semua) yang masih belum memahami dan memenuhi erti kemerdekaan sebenar menurut Islam.
Ya. Apabila kita berbicara tentang erti kemerdekaan, mungkin setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan kefahaman masing-masing. Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara. Namun demikian, pengertian kemerdekaan sebenarnya adalah sangat luas serta tidak hanya terikat kepada pembebasan sebuah negara dari cengkaman kuasa asing.
Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.
Walaupun dikatakan negara telah mencapai 52 tahun merdeka, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya. Apakah ini dikatakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Tidak sayukah hati kita melihat kegilaan ini ? Yes. Negara Merdeka !! Tetapi anak-anak muda (bukan semua) HANCUR!!! Erti kemerdekaan bagi generasi muda kini sebenarnya sudah luntur dan lusuh di jiwa mereka serta tidak dihargai lagi. Ini terbukti apabila berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan golongan ini sepertimana disebut di atas. Apa yang mereka tahu pada 31 Ogos setiap tahun adalah cuti umum kemerdekaan.
Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.
Image result for merdeka 59
Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?
Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:
Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
  • Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
  • Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.
Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
  • Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
  • Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.
Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
  • Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
  • Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.
Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Wallahu ‘Alam…
Rujukan : http://www.ikim.gov.my dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
All rights go to the owner- https://ibnismail.wordpress.com/2009/08/25/menghayati-kemerdekaan-sebenar-menurut-islam/ -by Abu Musaddad (go check him out)