Jumaat, 22 Jun 2018

Di Bulan Syawal Entry*31

Assalamualaikum,dear readers dan salam lembaran.Dah lama dah author ni tak post dan minta maaf la sebab sibuk beraya. Pada tahun ni ,si author pergi beraya sampai melepasi Sungai Golok.Jauhkan? Pada Syawal pertama tu beraya di Negeri Sembilan.Ni ikut keuarga belah abahlah. Dapat terasa suasana hari raya. Sememangnya kalo dah hari raya pertama,memang ada satu je rutin dia .Sebelum dan selepas solat raya , pergi makan .Lepas makan, jadi bosan ,kita akan makan lagi.Syawal di Malaysia tak boleh dipisahkan dengan rendang! Kalo family mak long dah bawa rendang, masih ada lagi yang tentu akan bawa jugak. Maknanya ada la dalam tiga empat bekas yang berisi rendang semata yang cuma berlainan resepi. RAya pertama ,memang bestlah. Raya kedua dah start hit the road.Jauh keluarga belah umi... Kat KELANTAN! Dari tengah hari hingga malam baru sampai.Ingat nak rehat-rehat dulu tapi tengok-tengok dah terikut sepupu gi main mercun.Ada tu mercun bola kita boleh tengok sepupu main jelah, sebab diorang lagi pro.Memang author dah lama tak main mercun sebab takut dan tak dibenarkan beli.Kali ni jelah dapat main kan?Gi Takbai pada hari raya kelima. Senang je nak seberang sebab tak ramai lah yang nak gi beraya kat Thailand ya. Over all,sepanjang minggu raya mamang bestlah beraya rumah orang tu dan orang ni.Merasa dan judge sendiri kuih raya yang disediakan dalam balang.Harap para readers juga merasai keseronokan raya di bulan Syawal ini gak ya? Itu sahaj untuk entry kali ini dan bai dan assalamualaikum dear friends.

 

Floralpop

Khamis, 14 Jun 2018

Kemeriahan Raya '18 Entry*30

Assalamualaikum dear readers. Dalam kesmpatan ini saya mengucapkap selamat hari raya aidilfitri Dan maaf zahir Dan batin.Sepanjang bulan Ramadan ni saya tak selalu sangat post. Sudah bermulalah cuti Sekolah 2 minggu Dan alhamdulillah Cikgu memang dah bersedia dengan pakej percutian yang berlambak.Raya tahun ni ,saya Dan keluarga beraya di Kuala Pilah Dan bertolak beraya ke Kelantan esok. Saya mendoakan agar puasa tahun ni diterima Allah Dan kalian gak.Banyak kuih raya Dan rendang yang boleh dilantak tahun ni. Semoga readers menikmati hari raya yang seronok Dan meriah. ITU sahaja untuk coretan raya Kali ni.Tabarakallahu min kum. Assalamualaikumdan bai dear friends warna-warni.


Floralpop