Isnin, 31 Disember 2018

Percutianku in a nut shell Entry*36



Image result for nut shell
Nah, kacang.


Assalamualaikum, dear readers. Setelah habisnya sekolah, pasti ada cuti bagi budak-budak sekolah untuk meluangkan masa dengan 'berfaedah'. Dan tak adalah.... author tak suruh pun wat karangan bahasa melayu mengenai tajuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Boleh naik jemu kut dengar walaupun cuti ni tak ada tulis sebarang karangan. Kecuali satu ..... tapi menulis post pun dikira ke? Author tetap kira jadi 1-0.

   Sempena cuti sekolah kali ini, author tak dapat post langsung sebab ada sedikit masalah dengan internet kat rumah. Mestilah kat rumah takkan kat pejabat KPM pulak... Jadi secara ringkasnya, author nak citokan jugaklah yo pasal khabo author bercuti. Oleh sebab muatkan je semua dalam satu post jadi dipanggillah al-post ini 'in a nut shell' .Itu satu dan nanti jangan tanya nut shell tu dekat ke jarak sebab hangpa pun mein tulis je. ok? For your information ,nut shell tu bahasa kampung eh, bahasa kita cangkerang kacang...

  Minggu pertama cuti tu boleh la rilek-rilek. Rilek ni memang bagus namun mengundang murka bonda dan ayahanda sekiranya rilek tahap kulit kacang tadi hingga jadi sebab untuk bermalas. So bila dah sampai tahap kacang, adalah beberapa minggu tak boleh buka fon dan laptop. Ada faham? Ni pun sebab author pernah kena. Tapi tu lah kita masih lagi dalam mode 'cuti masih banyak lagi jadi buat apa nak rush, kan?'. Waktu nilah author kena terperap dalam kulit kacang (rumah) dan menunggu saat hari cerah apabila kulit kacang dah terbukak dan akhirnya berkesempatan untuk pergi bercuti. Hebat tak metafora kacang ni? *kacang metaphore intensifies*

  Ada tak waktu cuti bulan November ari tu korang dengar pasal MAHA? Nak dikatakan author memang tiap tahun pergi sebab nak menyokong Malaysia Agriculture Horticulture dan Agrotourism kononnya.Tapi nak dikatakan maha ni memang ohsem. Rambang mata tengok pelbagai paparan cam galeri walk mengenai maha ni lah. Banyak barangan berunsur pertanian yang telah diuji dan dijual di sini. Bukan saja ada makanan, malah turut lagi menampilkan bahan kosmetik, bahan pertanian, rempah ratus dan ternakan darat serta akuatik. Pokok-pokok juga turut dijual di luar dewan . Belum masuk lagi sample makanan yang sedap dan free. Memang banyak sale menairk waktu author pergi ketika hari terakhirnya tu.Jadi, pastikan sekiranya nak dapat diskaun hari last mestilah datang sangat-sangat awal untuk parking yang terhad.

Related image
Gambar hiasan bukan milikku.
Pameran jellyfish.



  Well, my holiday is really about the journey. Saya juga ada pergi ke Sekincan sempena cuti ni. First time LA bagi author untuk dapat peluang tidur dalam kontena . Pelik kan bunyinya? Welcome to my visit to kontena Rumah Tamu Hamka yang terletak di Sekincan,Selangor. Hamka ni penulis buku terkenal 'Tenggelamnya kapal Van Der Wjick' cam seriyesly siap ada poster lagi tentang movie tu. Ada beberapa lagi seperti 'Di Bawah Lindungan Kaabah'. Apabila keluar saje, terserlah pemandangan sawah padi hijau yang terbentang luas. Hijau sebab padi lom menguning lagi. Ada pasar yang tak jauh jual ikan Segar jadi jangan lupa.

  Disamping itu, terdapat momen yang paling getir sepanjang percutian kali ni di mana kekadang sebelum tidur masih teringat-ingat lagi. Tanggal 13 Dismember memang bersiap sungguh nak ambil result PT3. Best lak pakai Baku kurung sekolah tak tau nape. PT3! Satu punca blog ni tak diupdate dengan kerap. Huh! Author yang pemalas ,salahkan pt3 lak. Alhamdulillah, terina kasih kepada guru-guru dan umi Abah atas usaha mereka dalam mendorong saya mencapai keputusan ni. The result day adalah sememangnya perlu dimasukkan dalam list ni atas impak besar terhadap hidup author Malah tidur author sendiri.

  Seterusnya, sepatutnya tahun ni author Dan krluarga akan melawat satu tempat ni tetapi oleh sebab tak jadi, ada sedikit pertukaran perancangan. Kali sekeluarga pergi menjelajah Krabi! Author tau yang day ada travelog pasal Pak Bara, Thailand tapi masih belum ada Krabi,Thailand lagi. Important stuff nak cakap awai-awai adalah author bukan orang Thailand tau cuma GI melancong je! 



  Krabi ni adalah salah satu tempat pelancongan yang dikenali. Sebagai penduduk negara jiran, ada beberapa tempat imigresen yang boleh dilalui. Untuk proses imigresen pantas, author mengesyorkan ubat gigi poliden- sorry sorry ad iklan lak tapi erm dia adalah stesen imigresen di Wang Kelian yang bersempadan dengan Satun. Satun ni ada cerita dalam travelog series ke Pak Bara hari tu. Dari situ, boleh guna waze untuk cari destinasi hotel yang ditempah. Pastikan bukti proses penempahan online disediakan .

  Author menetap di sebuah resort 'Krabi Discovery Resort'. Ada disediakan kolam renang, bilik serta perkhidmatan tour discovery krabi untuk ke pulau. Pulau kat sinilah yang dapat perhatian ramai. Ada 4 buah pulau yang wajib lawat tapi untuk kali ini, author dan keluarga pergi ke jeti yang berdekatan dengan resort je. Sorrylah, jeti apa pun author tak tau sebab tak boleh baca tapi boleh refer gambar. Kat situ ada perkhidmatan kayak besar dan itu adalah recommendation author yang paling tinggi kerana mampu memberikan keperluan masa yang diperlukan untuk bersantai di pulau.









  











Ahad, 28 Oktober 2018

D'Kok Camp -Cabaran- Entry*35

Assalamualaikum, dear readers.Hari ini, saya nak berkongsi cerita(lagi) dan kali ni tentang pengalaman saya pergi kem jati diri. Serius saya tak pernah ikuti aktiviti sebegini .Kem ni special skit sebab kem jati diri dengan aktiiti lasak.Buat saya, ini boleh dijadikan satu cabaran la.Alhamdulillah,umi dan abah izinkan dan Allah pun perkenankan perjalanan sepanjang program tu berlangsung.

First day, baru sampai dan penatlah gak dan kitorang diperkenalkan dengan macam-macam peraturan. Seorang gerangan bergelar ayah kat situ telah menjadi bayangan ayahlah pada kitorang. D'Kok EcoCamp terletak kat Kuala Pilah,Talang di Negeri Sembilan. Sampai petang jadi hari pertama tu memang tak buatlah aktiviti lasak.Rilek lu.

Hari kedua dan sememangnya ini antara hari yang dikatakan paling produktif (dan lasak) dalam hidup saya.Banyak aktiviti yang kami lakukan.Antaranya:

    Tahap Kesukaran(1-5)
  • Senamrobik(1)
  • -Aktiviti ni untuk memanaskan badan dulu selepas solat subuh.Aktiviti dilakukan di gelanggang futsal. Permainan menarik.<GRENADE>
  • Water Confidence(2)
  • -Aktiviti jatuhkan badan atas air bagaikan pokok yang jatuh ditebang. Keyakinan amatlah diperlukan ketika menjalankan aktiviti ini.Jangan risau author memang buat aktiviti dengan muka selamba dan lek cam badak masuk dalam air. Like, Just watch me...
  • River Crossing(2.5)
  • Scuba(3)
  • Jungle trekking (5(x10000000000))


                                                              Khairiz Family

Floralpop

Khamis, 4 Oktober 2018

Free Post Entry*34

Assalamualaikum,dan uuuuuoooooohhhhh!!!!! \(o0o)/ dah abis pentaksiran. Selepas 9 bulan straight dan peksa dan dah abis. Saya rasa gembira ada dan akhirnya saya dapat laksanakan check list utk buat lepas PT#. Cam tak buat apa-apa.... Ouh dan sya boleh update blog tapi cam sebelum nilah dan bukannya selalu pun.Inilah post pertama lepas peksa dan pada bulan Oktober. I don't know what to say here cause i'm sooo happ ya know. Quote waktu dah nak peksa waktu ulangkaji:

Lepas ni aku nak solat...

       Pastu baca buku...

                                                         THEN PEKSA...

Floralpop

Sabtu, 1 September 2018

Selamat Merdeka Entry*33

Assalamualikum,dear readers. Selamat menyambut hari kebangsaan bagi rakyat Malaysia semua!! Bagi saya pada bulan 9 ni,dh nak dekat sangat dengan peperiksaan jadi minta maaf kalo x update dan tak ada sesiapa yang perasan.Saya harap saya tak akan menjenguk blog ni pada masa depan dan terpikir betapa cam lonelynya diri sendiri...Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos dan terbentuk Malaysia pada 16 September.Untuk bebrapa tahun kebelakangan ni, saya terasa amat bangga dan gembira digelar Melayu.Come on, Melayu ni kan hebat ... Tapi ada masalah sedikit tentang orang Melayu ni.Kekadang terfikir la gak kalo kat Internet, malunya nak ngaku dak Malaysia.Sekarang itu tak semestinya menjadi satu benda yang perlu disorokkan sebab sejarah melayu memang hebat dan mantap.Cuma kita je yang bergelar Melayu generasi moden yang kurang aham dan mendalami sejarah peradaban Melayu ni. Untuk membina jati diri yang mantap ,kita perlulah menghayati sejarah peradaban kita supaya dapat dijadikan contoh .Maaflah sebab saya bukan sesuatu yang pandai dalam hal-hal camni. Nanti ada masa cerlah baca sajak 'Melayu' karya Usman Awang.Itu sahaja assalamualaikum..

Ahad, 26 Ogos 2018

Slow update(ana mutaasif) Entry*32

Assalamualaikum,dear readers...Maaf sangat sebab lama tak update sebab sibuk dengan peperiksaan.Haraplah konsentrasi saya tidak terganggu sehingga peperiksaan yang sebenar tiba.Buat PENGETAHUAN SEMUA,KITA DAH MELEPASI 25 jULAI IAITU TARIKH ENTRY PERTAMA!! Saya rasa cam achieve sesuatu gol sebab berjaya libatkan diri dalam penglibatan blog ni selama 1 tahun (dan lebih :P). YEAY!!!! Juga tidak dilupakan bahawa kita dah masuk bulan kemerdekaan negara Malaysia.Hari kebangsaan yang ke-61~sayangi Malaysiaku. Itu sahaja dulu untuk entry kali ini yang entah apa-apa (berat nanang).Bai dan assalamualaikum dear freaders.
Floralpop

Jumaat, 22 Jun 2018

Di Bulan Syawal Entry*31

Assalamualaikum,dear readers dan salam lembaran.Dah lama dah author ni tak post dan minta maaf la sebab sibuk beraya. Pada tahun ni ,si author pergi beraya sampai melepasi Sungai Golok.Jauhkan? Pada Syawal pertama tu beraya di Negeri Sembilan.Ni ikut keuarga belah abahlah. Dapat terasa suasana hari raya. Sememangnya kalo dah hari raya pertama,memang ada satu je rutin dia .Sebelum dan selepas solat raya , pergi makan .Lepas makan, jadi bosan ,kita akan makan lagi.Syawal di Malaysia tak boleh dipisahkan dengan rendang! Kalo family mak long dah bawa rendang, masih ada lagi yang tentu akan bawa jugak. Maknanya ada la dalam tiga empat bekas yang berisi rendang semata yang cuma berlainan resepi. RAya pertama ,memang bestlah. Raya kedua dah start hit the road.Jauh keluarga belah umi... Kat KELANTAN! Dari tengah hari hingga malam baru sampai.Ingat nak rehat-rehat dulu tapi tengok-tengok dah terikut sepupu gi main mercun.Ada tu mercun bola kita boleh tengok sepupu main jelah, sebab diorang lagi pro.Memang author dah lama tak main mercun sebab takut dan tak dibenarkan beli.Kali ni jelah dapat main kan?Gi Takbai pada hari raya kelima. Senang je nak seberang sebab tak ramai lah yang nak gi beraya kat Thailand ya. Over all,sepanjang minggu raya mamang bestlah beraya rumah orang tu dan orang ni.Merasa dan judge sendiri kuih raya yang disediakan dalam balang.Harap para readers juga merasai keseronokan raya di bulan Syawal ini gak ya? Itu sahaj untuk entry kali ini dan bai dan assalamualaikum dear friends.

 

Floralpop

Khamis, 14 Jun 2018

Kemeriahan Raya '18 Entry*30

Assalamualaikum dear readers. Dalam kesmpatan ini saya mengucapkap selamat hari raya aidilfitri Dan maaf zahir Dan batin.Sepanjang bulan Ramadan ni saya tak selalu sangat post. Sudah bermulalah cuti Sekolah 2 minggu Dan alhamdulillah Cikgu memang dah bersedia dengan pakej percutian yang berlambak.Raya tahun ni ,saya Dan keluarga beraya di Kuala Pilah Dan bertolak beraya ke Kelantan esok. Saya mendoakan agar puasa tahun ni diterima Allah Dan kalian gak.Banyak kuih raya Dan rendang yang boleh dilantak tahun ni. Semoga readers menikmati hari raya yang seronok Dan meriah. ITU sahaja untuk coretan raya Kali ni.Tabarakallahu min kum. Assalamualaikumdan bai dear friends warna-warni.


Floralpop

Sabtu, 26 Mei 2018

Indahnya Entry*29

Assalamualaikum,dear readers. Alhamdulillah saya masih ada sedikit kesempatan untuk menulis Dan lagi satu alhamdulillah sebab kerja khusus sejarah dah habits,finish and done.Tapi tak bermakna tak ada peperiksaan akan dijalankan. Nope,I fail in studying. Jadi, report untuk Ramadhan saya baik Dan OK sahaja. Pada minggu lepas,ada seorang pelajar form 2 Sekolah saya sudah pergi meninggalkan kami Dan menemui ajalnya pada bulan yang diberkati ini. Baik kita ambil pengajaran daripada APA yang berlalu sebab ajal sendiri pun kita take tau bila kan.Sekian saja sebab battery low so bai Dan assalqmuqlaikum dear readers!


Floralpop

Ahad, 20 Mei 2018

Ramadhan Karim ! Entry*28

Assalamualaikum ,dear readers. Selamat menyambut awal Ramadhan bagi tahun 2018/1439 hijrah.Ada yang tertunggu-tunggu menantikan ketibaan bulan yang mulia ni Dan ada yang tak syok sebab puasakan. Semua dak kat skolah cam tak bertenaga sedikit.Apa pun saya ada baca sebuaj buku in mengenai sifat generasi cemerlang yang saya rasa sesuai dengan bulan puasa no. So should we start the list?

1)Kemurnian
Kemurnian ni Dari segi niat kita, perbuatan kita dan percakapan. Maksudnya dari segi niat,kita mestilah niat berpuasa dengan ikhlas iaitu 'lillahita'ala'.Kermurnian perbuatan adalah dengan melakukan sesuatu perkara yang yakni membawa manfaat dan hati kena ikhlas.Bercakap pun elok-elok, jangan sumpah seranah dan janganlah mengumpat dik oii! Ingat Ramadhan!

2)Rendah diri
Berendahlah dirimu yang hanya seorang hamba-Nya dan janganlah riak terhadap amalan-amalan yang kita usahakan pada bulan puasa ini. Sedarlah yang amalan yang kita lakukan tu bulan sempurna mana dan Oleh itulah,kita kena amalkan beristighfar setiap kali selesai buat sesuatu ibadah. Tapi jangan jadikan ini alasan untuk mengelakkan diri daripada amalan sunat dan wajib.

3)Elakkan syubhah
Syubhah merupakan perkara diantara halal dan haram jadi kita kena sebaik mungkin kena elakkan .Antara perkara yang kebiasaannya dibuat adalah bercakap belit-belit dan lagi satu yang saya take note adalah kita sepatutnya berani berkata tak tahu apabila kita betul-betul tak tahu tentang suatu perkara tu. That's for me anyway.








Update later,okay? Selamat berpuasa!

Floralpop

Ahad, 13 Mei 2018

Jokes on Entry*27

Assalamualaukum ,dear readers.Sorry sebab tak post minggu lepas walaupun memang takkan ada yang ambil kisah. Entry Kali ni mengenai jenis lawak.Untuk pengetahuan semua saya boleh dikatakan suka buat lawak. Itu tak salah pun tapi lawak tu terlampau hambar. Tapi hari ni saya nak bagitau bagaimana lawak yang memenuhi citarasa saya ni.

1.Lawak genius
Lawak camni saya memang suka Dan memang dapat gelak tapi kalau dah melebihi tahap sehinggakan saya tak faham tu lain cerita. I can appreciate this kind of humour.

2.Lawak sindiran pedas cili padi
Yang ni memang saya tabiklah kat orangnya sebab saya pun takkan dapat terfikir lawak sebegitu. Lagi satu lawak ni lebih kepada sindiran yang memang kena sangat dengan waktu Alam.

3.Inside joke
Yang ni pun boleh relate la. Good so far with me.

4.Lawak HAMBAR
Last but never the least,this flat and tasteless joke. Orang yang buat hambar ni saya can boleh berhubung dan hargailah lawak dia sebab saya pun but benda yang sama. So,kalo ada sorang ni dia boleh gelak kat lawak hambar kita maknanya dia faham kita Dan sekepala ngan kita membuatkan dia ni boleh geng LA ngan kita. Tapi kalo ada yang gelak can nak mati tu maknanya dia kesian dengan kita. -_-

ITU he rasanya saya tak kongsikan sebab sejujurnya saya pun tak tau nak cakap topik apa. That's all from me ya know. Bai dear readers!




Floralpop

Ahad, 29 April 2018

Travelog to Pests Buku Antarabangsa KL Entry*26

       Pesta Buku Antarabangsa

Assalamualaikum dear readers,author pada hari ini baru sahaja melawat Putra World Trade Centre di KL.Suasana di sana memang gempak dan sesaklah dipenuhi dengan masyarakat pelbagai umur dari pelajar sehingga orang yang bekerja semua pergi ke sana.Pada tahun ni,negara jiran yang datang meraikan Pesta Buku ialah Indonesia! Sekiranya ingin melawat booth Indonesia ni ada di ground floor.

#bacaworld

Pelbagai booth menarik untuk dilawati. Yang menjadi tarikan pelajar mestilah Akademi Thriller, Ain Maisarah Dan Lawak Stars,Keith . Banyak juga buku-buku rujukan Dan latihan yang dijual dari UPSR, KSSR, KBSM, dan SPM berserta diskaun yang menarik dan menawan hati. Selain itu,Buku dakwah juga mendapat sambutan hangat. Personally, author suka buku yang berunsur sastera yang ada kat booth ITBM dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Promosi Buku rujukan dan latihan.

Jangan tak bayar!

Sastera!

Buku sastera in display..

Kesasteraan Melayu kebanggaan kita.

Buku kumpulan utusan, Istimewa.

Selain ITU,author dapati di bahagian Karangkraf ada berlambak buku love story for remaja dan Dari segi penceritaan pun nampak menarik.So bolehlah try untuk menjejakkan kaki ke Dewan Merdeka di ground floor. Sambil-sambil meneroka PWTC tu kekadang diberi penanda buku percuma. Banyak cenderahati seperti keychain dan button batch boleh didapati di sini.

KLBACA! Cantik kot!

One of my button batch.

Selain tu ,ada satu board di Level 1 yang boleh diconteng sebagai kenangan. One of the best thing I love to do.That's all from me and assalamualaikum dan bai dear friends! Also selamat mengunjungi PBAKL tahun 2018 INI! :D


Me-pinky one.

Floralpop

Sabtu, 21 April 2018

Cara memilih buku yang sesuai Entry*25

Assalammualaikum dear readers,jikalau readers nak tau selalunya susah juga nak pilih buku yang rasanya sesuai untuk kita.Kadang-kadang pilih buku bosan tahap gaban mesti ambil masa yang lama untuk baca. Selalunya saya jika hendak dibandingkan dengan budak lain yang sebaya mesti buku yang saya pinjam dari perpustakaan nampak lama , bosan dan tidak menyeronokkan tapi apa yang diorang tak tau buku2 yang sebegitulah mampu memberi jalan cerita yang menarik dan dapat dihayati. Serius saya katakan sbb hal2 memilih buku ni ada caranya... Nak tau?

Tips Memilih Buku Yang Sesuai Untuk Dibaca

  • Don't judge a book by it's cover -Tak semestinya buku yang cover cantik je ada cerita menarik, kadang-kadang cover buruk ada juga cerita menarik.                                     
  • Menepati citarasa anda- Carilah buku yang sesuai dengan hobi dan citarasa anda . Contohnya jika anda orang yang suka sukan jadi buku yang bertemakan sukan mungkin dapat menarik minat readers. Tak kira la kalo readers orang fesyen ke kerja ke pasti ada buku yang secocok dengan minat readers.                                       
  • Baca sinopsis di belakang - Jika dh jumpa buku yang macam best nanti dulu dan cher baca sikit2 butiran cerita yang di belakang buku. Sekiranya memang jodoh, terus je beli/pinjam!                                                                     
  • Baca pendahuluan cerita - Try baca mukasurat 1 supaya dapat buat pilihan tepat.Kalo awal2 lagi baca rasa best syok dan seronok so x de masalah la nak habiskan satu buku.Warning! Jangan buka buku dalam plastik yang kat kedai tu tak pasal-pasal kena beli terus!                                                                                                                              Harap berjaya dapat jumpa buku idaman hati! Buku yang baik dapat bagi kita terhibur disamping memberikan kesedaran dan pengajaran yang baik untuk diikuti. Itu sahaja daripada author dan assalamualaikum dear readers and friends!



Floralpop

Sabtu, 14 April 2018

Honesty is the best policy Entry*24

Assalammualaikum dear readers, saya minta maaf sebab menangguhkan entry ni sampai lena ada cam episod 2 walaupun episod 1 baru mukadimah saja.Baiklah,saya akan cuba sambung cerita saya berkenaan didiplinlah sangat.Saya ada rekod lambat yang tidak membanggakan tetapi pengajaran dia still berkesan. 

Kisah#1- Saya sampai lewat ke sekolah pada tahun ni dan selalunya ketua pelajar akan minta nama untuk ditulis di dalam buku 555 untuk dikira sebagai lewat. Masalahnya sekarang adalah budak tu rakan sekelas saya jadi memanglah dia takkan minta nama. Saya rasa nama saya still kena tulis tapi saya tak pasti sangat. Apabila saya letak beg,ada seorang kp tanya saya yang kp yang catat kelewatan tu ada tanya nama saya atau tidak dan saya jawab apa?           Tak...       Akhirnya saya terlepas dan honesty is the really best policy. :-) JK,esoknya saya kena tangkap sebab lewat lagi... :-(

Kisah#2-Saya dah lewat dan bila saya letak beg sekolah,saya terus keluarkan buku untuk perhimpunan pagi. Buku peraturan adalah salah satunya dan saya letak atas meja dengan tergesa-gesa. Tapi ada sorang kakak ni datang dan ambil buku peraturan tu dan just gone with the wind. Saya lambat perasan dan cuba kejar dia dan gagal. Saya kena berdiri sebab tak 'bawa' buku tu. Dan alasan adalah ada sorang kakak tu datang ambil buku saya dan blah. Perfect =_= . Alhamdulillah ada kakak pengawas tu percaya dan saya sekarang dah jumpa dah buku yang hilang tu. Jangan tanya camne...

Itulah kisah yang saya rasa menarik untuk dikongsikan bersama-sama . Janganlah menipu pengawas dan guru kalo x bertambah buruklah keadaan nanti sebab kalo manusia tak tau tapi Allah Maha Mengetahui... Itu sahaja dan sekian terima kasih. Assalammualaikum dear readers and friends.

Floralpop


Jumaat, 30 Mac 2018

Busy week Indeed Entry*23

Assalammualaikum, dear readers. Minggu ni memang minggu yg terbusy sekali!Setiap subjek ada kerja. Cliche dengar busy2 ni tapi saya memang busy.Ok.... Apa tajuk kita hari ni? Sepanjang zaman persekolahan sekolah rendah saya x selalulah lewat.Adapun yang kadang-kadang sahaja.Lewat x lewat ni mula menapak dengan besar dalam hidup saya bila saya sekolah menengah. Setiap hari misi saya untuk sampai di sekolah sebelum gate tutup. Jangan risau. Bila saya form 1,dak-dak pengawas tu kenal saya sebagai budak terlambat.Muka yang sama je.. Saya nak updat nanti blh?Ok!
Floralpop


Jumaat, 23 Mac 2018

Time fast Entry*22

Assalamualaikum dear fishy readers!Seminggu cuti sudah berlalu pergi meninggalkan kita dan saya harap semua readers dapat memenuhi cuti ini dengan benda-benda yang best . Anggaplah dok rumah tu best.Minggu ni bagi saya splendid la gak.Paling penting rapat ngan keluarga .Bukan family je sebenarnya tapi ngan kawan juga. Selalu sangat waktu cuti saya cakap nak jumpa kawan. And then,kawan saya pula jenis yang nak jumpa progress dia slow. Saya dah lose hope la nak jumpa diorang kemudian tetiba ada orang panggil depan rumah so seronok la! Nilah kot namanya kawan sejati... Sayang sangat kawan sekolah rendah saya yang dua orang ni! Jikalau ada yang baca tu tau-tau je lah ya. (^^) Penting sangatlah erti cuti ni dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara family dan sahabat. Cuti yang baik tapi entry yang entahlah... Itu sahaja dan sekian terima kasih dan assalamualaikum to dear great friends over here! 


My new profile picture!!! ^_^

Floralpop

Ahad, 18 Mac 2018

Ridiculous Entry*21

Assalamualaikum,dear readers.First,minta maaf x update utk sebulan lebih.Saya dapat hukuman ;-; . Ridiculous sangat! saya dh habis peperiksaan awal tahun dan keputusan pun x adalah ok sangat tapi bolehlah. Saya x rasa ada orang akan perasan pun saya punya 'hiatus' ni.I am sorry! Minggu ni cuti so selamat bercuti semua! Lov ya! Saya x rasa nak tulis entry memanjang sangat jadi tu jelah rasanya... Assalamualaikum dan bai dear lovely frend!

Floralpop


Sabtu, 27 Januari 2018

Yapetti Entry*20



Assalamualaikum deareaders, allo!Entry ke 20...Wau!ok...

List Of Favourite Song
1)Restoring Hope (rly slow motion)

2)Shelter

3)Sun and star

4)Silver lining

5)Morningrise

6)Cassiopea

7)Bring to light

8)Beyond the bound of joy

9)Home coming

10)Starlight

Piano song for you cuz don't know what to write now soo....Assalamualaikum dan bai, deary friendto!

Little Blooky by mudkipful


Floralpop

Isnin, 22 Januari 2018

Sukan Entry*19

Assalamualaikum deara readers!Kembali lagi pada tahun 2018 ini,author semua ingin berkongsi cerita mengenai sukan.Pada awal tahun sebegini, sekolah mengaturkan siap2 aktiviti sukan seperti merentas desa dan sukantara. Saya memang tak masukla bahagian2 penting dlm sukan ni.Walaupun begitu,kita still perlu beri sokongan padu terhadap kumpulan kita.Go TEAM KUNING~ Instinct (pg).Pengalaman saya yg welp ahahaha:

'Sukantara perempuan pada tahun 2016-semua pelajar diminta menunggu di merata-rata tempat dulu sebelum dipanggil untuk berkumpul dalam rumah sukan masing-masing.Ada seorang budak yang jelas sangat nampak bosan ni mengambil keputusan untuk merayau jap.Dia pun jalanlah kat tepi longkang,bosan la katakan...Penghadap yang rendah berada di hujung longkang tersebut .Alang-alanglah rendah,ingatkan boleh langkah je.Langkah punya langkah TERSADUNG (oh my... mushroom...) dan kemudian face plant- tak adalah lutut dan tangan terseret mengakibatkan well... pendarahan dan kesakitan yang owh.Pergi la tandas dan ada orang yg sangat prihatin tlg dan bawa gi blik warden utk dibalut.

"Belum start lagi sukantara dah cedera?"kata warden.

Ahahahahahaha,yup!Jumpa ustazah dan DIKECUALIKAN daripada aktiviti sukantara.Feeling wonderful girl! And that's my story!'

Eventhough apa yg terjadi ,saya akan terus cuba untuk meningkatkan diri dalam sukan.That's all to ya'all! Assalamualaikum dan bai dear perfecto friendto!

Related image

Floralpop

Sabtu, 6 Januari 2018

Selamat Tahun Baru! Entry*18

Assalamualaikum,dearest readers.Happy New Year !Entry pertama pada tahun 2018 dan juga entry yang ke-18.Haha! Tahun yg baru,azam yang baru.Apa agaknya azam readers tahun ni? Azam saya adalah nak capai target peperiksaan dan study more smart.Azam ni sesuatu yang perlu kita ada sepanjang tahun.Kenapa? Supaya kita akan berusaha mencapai target yang ditetapkan oleh diri kita.Kalau target kita hanyalah untuk berada di tempat yang kita sedang pijak skarang,kita takkan ke mana.Just stay situ sampai akhirnya kita sendiri yng nakkan perubahan. Jika target tu senang,kita akan cuba cari alasan untuk tak maju ke hadapan jika ada sesuatu buruk berlaku.So senang cerita,target tinggi-tinggi :).That's all for now.hope y'all have a good year this year. And I hope this year is going to be a very good and inspiring year for me.Assalamualaikum dan bai dear readers and friends!

 Image result for shoot for the moon

Floralpop