Sabtu, 28 Oktober 2017

Travelog to Kuantan,Pahang Entry*13





Assalamualaikum,dear cool readers.Dan WARNING entri ni panjang...So,pada 19 Oktober 2017 ,saya bersama-sama keluarga menjelajah ibu negeri Pahang-Kuantan.Tak syok la bercerita camni so korang boleh lah membaca entri ini sambil turut sama menjelajah bandar Kuantan ni atau nama sebelumnya ialah Kampung Teruntum.Journey kita bermula 20 Oktober yang lepas.Sebelum keluar ,jom kita intip skit pemandangan luar.

Baiklah! Jom mulakan journey kita!

Pada waktu pagi,saya dan family (bersama-sama kamu semua)pergi ke IIIUM,hospital International Islamic University Malaysia atas beberapa urusan.
Jom naik sama-sama!
Entrance of IIUM.




Setelah beberapa jam menyelesaikan urusan tersebut kami makan tengah hari di kafetaria di sana.Yum dan sihat. :) Kami balik ke hotel kami untuk berehat.Saya berserta ahli keluarga perempuan melawat Teluk Chempedak sementara ahli keluarga lelaki solat jumaat.Cuaca pada hari itu sanagat baik dan tidak panas menambahkan lagi cera di wajah.Kami melalui sebuah jambatan panjang untuk pergi ke tempat sebelah .
Pemandangan sebelum melalui jambatan.oleh sebab cuaca agak berangin,botol kosong yang saya letak jatuh ke dalam air...Sorry,umi.. :'(

Jom kita menghayati pemandangan yang cantik di atas jambatan.You're welcome. :D
Big rock!

Ooo..Destinasi kita di sana!

Image result for teluk cempedak
*Bukan gambar saya....Suasana jambatan.

Saya bersama-sama sisterku pergilah berjalan-jalan menghirup udara.Amaran!Jangan pakai kasut tumit tinggi ke situ or you'll be regretting it....Like me...Udara pada masa tersebut sememangnya sangat segar.Yalah,mana ada kereta yang mampu menggangu kesejahteraan udara di sini kecuali motor yang saya nampak lalu di atas jambatan tu....

Related image
*Bukan gambar saya..Ketam kenit/kecil yang dijumpai ketika sibuk berjalan-jalan.Kita punyalah ingat bulat2 tu najis ketam... :O Sesuai dijadikan haiwan peliharaan di atas tangan untuk beberapa saat sebelum dia jatuh dengan sendirinya...

Setelah puas menikmati permandangan indah ciptaan Allah S.W.T.Kami kembali ke umi yang menunggu sebelum kembali melalui jambatan tersebut kami dikelilingi dengan an army of mony- eh kera liar.Peringatan yang berguna,Jangan korang kacau hidup diorang kalau tak nak diorang kacau hidup kau.

Image result for teluk cempedak monyet
*Bukan gambar saya.Apa yang diperlukan untuk melintas jambatan camni ialah seorang pak cik tua perkasa yang tak takut menghalau monyet.Ya,kitorang lalu belakang pak cik itu yang bersama-sama anak buahnya.
"Ni boleh buat jemaah solat Jumaat ni,"kata anak buah pak cik tu.Saya setuju...Sangat..

Banyak kedai yang menyediakan pelbagai cenderahati menarik untuk memikat hati pengunjung.Terdapat gelang,keychain dan magnet fridge.Kami solat sebentar dan beli aiskrim sebelum saya dan kakak saya pergi beli keychain sementara umi dan adik pergi ke kereta yang menunggu.saya pun dibelanja keychain turtle comel yang squishy.Thanks,sis!Destinasi minum petang kita yang terkenal di Kuantan ialah...

Warong Paksu & Maksu,Tanjong Lumpor

Terdapat makanan seperti sotong celup tepung.udang celup tepung,ikan celup tepung dan keropok lekor yang sedap.Baik diambil panas-panas ,ya!Ikan celup tepungnya segar kata abahku.Waktu pukul 6.00 petang lebih semasa kami daatng tu sememangnya telah penuh.Sebaiknya pergi awal lagi sebelum tu.Nyum..Selepas selesai mengisi perut,kami pun pergi ke tempat menangkap ikan di Tanjong Lumpor.

Bot nelayan

Pemandangan sekitar

Siapa nak jalan sama-sama ngan kita?

Usai,kami solat di sebuah surau berdekatan.Destinasi travel-blog kita seterusnya adalah Laman Teruntum.Memang best sebab ada taman permainan dan menjadi tumpuan budak-budak untuk bermain pelbagai aktiviti seperti buih gergasi! :O Kita pun boleh melihat sungai .Ada perkhidmatan seperti beca yang digunakan oleh abah kami yang baik.;D Thanks,abah!


Welcome! <3

Woah!

Look at that! Be-u-tiful

You're welcome,my fwenz!

Isometri glob dude~

Yeay!Taman permainan!You'll be out of breath!(but still alive)


 
Vrooom!

Watch out! KEDAI!!

Nah korang pulak turn bawa beca...Naper tunggu lagi?Ambil la, orang dah bagi.!

Baliklah kitorang lepas tu.Keletihan.Itulah pengembaraan kita pada hari ni sebab esok dah balik..I hope korang pun boleh lawat la sini pada cuti akan datang.Well...This is the end...Bai to Kuantan.

Bai sungai. Sedihnya...*Perjalanan balik pada 21 Oktober

Saya harap korang terhibur dan seronok mengembara ke Kuantan atas katil korang(mungkin tergolek-golek).Itu sahaja untuk kali ini.Selamat menunggu untuk series travelog yang seterusnya.Assalamualaikum dan bai,dear thrilling friends.
By author-Floralpop














Selasa, 17 Oktober 2017

Happy holiday to y'all Entry*12

Assalamualaikum,dear readers.Selamat bercuti selama seminggu sempena Deepavali.:D Woohoo!Bestnya... Saya nak bagi sikit tips sempena cuti ni.Tapi bagi yang x cuti tu,ermm untuk waktu lain je la.So,saya sarankan supaya anda sediakan satu buku/apa-apa buku pun la .Selepas tu ,tulis cam diari tentang apa yang anda buat semasa cuti tu.Jangan risau saya dah try buat dan kesudahannya seronok.Saya rekodkan segala aktiviti saya untuk bulan Disember yang lepas dan saya baca la balik benda tu.Kita takkan perasan kreativiti kita ni akan menjana satu benda yang seronok dan juga lucu.Bila saya baca balik cam pergh lawaknya!So,cubalah ...Untuk minggu depan,saya akan bercerita tentang 'travelog' saya ke suatu tempat yang secret ni.Ini macam suprise la.Anyway,bai dan assalamualaikum,to my cool readers friends. ;D
Image result for diaryImage result for diary

Ahad, 8 Oktober 2017

My Rare Experience Entry*11

Assalamualaikum,dear wonderful readers and welcome back !Hari ini,saya ingin menngonsikan sebuah pengalaman saya yang saya kira unik(lah sangat).Jadi,tanpa membazirkan masa semua orang yang tak sabar-sabar ni,saya akan kongsikan pengalaman saya tidur di sebuah hospital yang bertempat di Narathiwat,Thailand.First,tujuan saya di sana adalah untuk melawat arwah nenek saya yang terlantar di situ.Saya sayang sangat arwah nenek sebelah ibu saya.Tanpa diduga ,umi abah saya bertanya kepada saya sama ada hendak atau tidak tidur di hospital untuk jaga mok,panggilan nenek saya.Dan keputusan saya,ya!:)
Image result for narathiwat
Papan tanda yang tertulis Narathiwat yang berada agak hampir dengan Malaysia.
Umi abah dan adik saya menumpang tidur di rumah mak cik yang umi kenal.Saya ditemani oleh seorang kakak sepupu.Kitorang memang tiada aktiviti dapat dibuat di situ jadi kami mengambil keputusan untuk berbual je.Untuk pengetahuan anda,di hospital tiada game macam dam haji ke apa ke.Yelah,takkan la orang sakit tetiba boleh main chess pula...Tak logik.Seperkara lagi,saya tiada bekalan handphone sebab tujuan saya untuk jaga mok bukan main fon.Pada malam pertama dan kedua ,saya tidur di sebelah mok di atas katil manakala,kakak tu kena tidur di lantai beralas tikar.So tertidurlah saya dibuai oleh kipas elektrik yang tergantung di siling.Umi abah melawati saya keesokan harinya,membawa sekali pakaian saya bersama. Pada hari first tu,saya ingat melawat mok saja,jadi tak terfikir pula nak bawa pakaian.Dan hari tu membawa satu lagi pengalaman yang saya sendiri tak jangka saya akan pernah dapat iaitu mandi di tandas/bilik mandi di hospital luar negara.Pada hari kedua tu ,saya bersarapan makanan yang telah dibeli oleh kakak ni.Hari kedua agak sama dengan hari pertama kecuali...2 orang rakan kakak ni datang menjenguk mok.So,kitorang dah jadi geng la .Diorang ajak saya ke 7e kat hospital(ya,ada 7e di hospital ni).Dan kitorang berbelanja di situ.Dan kami balik ke tempat mok dengan beg plastik penuh dengan jajan dan air.Hari ketiga,nenek saya dipindahkan ke satu bilik di bangunan yang lain .Bilik ni luas, ada tv,ada tandas ,ada jendela dan ada air-con.
Wow!Pagi2 saya akan keluar melihat pemandangan di jendela,menuju ke 7e sensorang untuk beli mentos.Bahagianya hidup.Malam tu saya ingat lagi saya tidur dek kedinginan air con berselimutkan selimut corak macam tembikai.Saya ditemani oleh kakak sepupu, 2 orang rakan kakak tu bersama adik2 diorg.Mok saya lihat makin sihat walaupun naya saya tengok wayar yang berselirat di tubuh mok.On the last day,saya dan family kena balik rumah.Say bai kat mok dan semua orang.:'( It it an experience that I never gonna forget.Later ,in 2015 ,mok menghembuskan nafasnya waktu subuh...saya terpaksa bersegera packing baju untuk pergi ke airport ke Kelantan.Tak mempedulikan hari itu saya perlu pergi ke sekolah.Yg kelakarnya saya umumkan kat facebook ketika saya kat airport.Dan sampailah kitorg di Kapok,Thakbai pada waktu tengahari...Itu sahaja untuk entry hari ini.*Cerita di atas adalah mengikut kemampuan daya ingatan saya sahaja dan sorry sekiranya saya ada meninggalkan beberapa part yang saya sudah lupa jalan ceritanya,ok?Al-Fatihah...