Isnin, 25 November 2019

Kan kita jumpa lagi Entry*43

Assalamualaikum, dear readers. Sudah setahun saya berjaya hidup dan survive di KISAS. Aduh, masa dah tak lama dah dan mungkin esok author akan jadi Tingkatan 5. What a year. So apa yang kau dah belajar kat sana. Hmmm... So dalam entry ni saya akan kongsikan life lesson yang saya belajar sepanjang setahun persekolahan ni. :)

   
     1*Dalam hidup ni, kita kena explore. Untuk dapat satu benda untuk kita rasa seronok dan gembira, bukan ke kita kena cari dulu benda tu. Dan tak semestinya kita tau benda apa yang kita nak tu. But slowly as the time flow so smoothly ,you can find yourself enjoy the things that once becomes something unknown or unsure. To start it is simple but the most important thing is for you to keep on, push yourself, train yourself and get a revenge to the best among the best. So if you feeling down, or feeling that you are weaker than anybody else, marilah ku berpesan:

      Wahai diri, angkatlah mukamu itu

                Buanglah setiap rasa gentar ke dalam laut dalam,

                            Pandanglah atas,         Malah jeritlah hingga awan teratas

              Kau mampu dan percayalah dengan keyakinanmu itu tiada siapa dapat halang dirimu










                                                                         TERBANG



DEDICATED TO: KITH - MY TOBE HOCKEY TEAM



     2* Disamping itu, apa yang kudapat yang bila makin membesar rasa sakit tu berbeza. Bila kita masih budak luka tu boleh nampak dan sakit dia boleh hilang dengan ubat. Tapiii... Bila ku makin membesar sakit yang ku dapat lukanya di hati. Dan luka tu terhasil daripada sikap mazmumah kita sendiri. Jikalau tiada adab dalam bicara, tiada simpati dengan siapapun dia, dan jika rasa dendam dan buruk sangka menebal di hati, maka hasilnya ada hati yang terluka nanti. Bak kata kakak saya "Benda boleh settle, lek ah" *teary-proud-to-my-sister-face ehek* Maka beradablah dalam bergaul dan make sure to settle things down and no need to rush.

DEDICATED TO:SOFWATUL MUKHTAROH


Image result for bergaul



         3* Setiap orang ada masalah diorang sendiri. Dan jikalau ada kawanmu yang dia ingin berubah juga ke arah kebaikan. Namun, susah sebab bagai tiada siapa mampu percaya dia malah tiada orang mahu dorong dia jadi kitalah yang boleh bantu dia. Nasihat dia di sini , percayalah setiap orang bukan sahaja mampu malah semua BOLEH berubah.Your trust and care matters so much. Trust me. :)

DEDICATED TO: MY DESKMATE -STAR



         4* Di saat orang mahu beri kita ilmu, kita tadahlah banyak-banyak. Kerana semua ilmu tak sia-sia sebab nanti kita akan membesar jadi seseorang yang akan memberi pula. Dan di tangan kitalah tanggungjawab mendidik ummah tu ada. Coretlah dan tulislah ilmu tu sebagai senjatamu untuk melindungi akidah dan iman kita. InsyaAllah.

DEDICATED TO:AA, FA, JN -SENIOR SENPAIS



       5*Ikhtilat tu kenalah jaga dan tak perlulah galak sangat. Yang paling penting, dalam kelas, fokus kat ilmu yang guru mahu ajar. Setiap kali nak peperiksaan, hati ni sayu , ingat kembali segala susah payah kudrat cikgu yang mahu kita jadi anak didik yang berjaya. Betapa mereka sanggup berkorban masa malah kekadang tak hiraukan pun duit yang ada untuk kami yang hanyalah muridnya yang sering lalai menghargai jasa terbesar si murabbi. Semua kejayaan kita tu baru diri ini tahu yang hakikatnya itu hasil daripada murabbi yang sentiasa sedia mengajar kami. Terima kasih cikgu.

DEDICATED TO: IBNU AQIL & OUR  DEAREST MURABBI






Itulah dia ibrah yang saya kongsikan pada kali ini. Dan terima kasih semua pihak untuk pengalaman dan ibrah yang dapat saya ambil dan amalkan. InsyaAllah, nanti kita akan ada travelog siri ke-6. YAYYYYY!Akhir kalam, bersyukurlah ke Hadrat Ilahi untuk kehidupan ini. Alhamdulillah. Itu sahaja untuk entry kali ini. Assalamualaikum, dear friends.


Floralpop






















Rabu, 14 Ogos 2019

Ku Berpesan Entry*42

Catatan: Julai (16/7)
       Assalamualaikum dear readers.Maaf atas tiada kesempatan untuk tulis entry .Maklumlah, dak asrama sekarang. Cehhhhhhh....Ehem. Ehem. Jadi, apa yang nak dikhabarkan dalam entry ini?Takkan nak cakap hidup asrama cam cliche.Sooo, meh kita citer pasalllllllll sekolah. readers be like,'I don't think author know the word cliche'. Kisah apa den?

    Kita kena timba ilmu usia muda dan itulah sebab ibu bapa menghantar anaknya ke sekolah /kolej meskipun terpaksa berjauhan dengan anak.Jadi , kita pun ambil tanggungjawab ni- tanggungjawab untuk belajar dan timba ilmu-ilmu ni sebab kita kena faham kedudukan kita sebagai orang yang tuntut ilmu ni tinggi dan dihormati orang. Jadi, itulah kerja kita di sekolah.Belajar jo kojonyo eh.Pastu, timbulnya stress ketika stress.Why we stress? Cuz teacher gave us hw the amount of our lifespend. Answer question w/ a question.Good job author. (._.) Faham tak? Bila kerja sekolah  bertimbun dan kita cam 'WHY' sambil buat muka menagih simpati sambil cikgu be like 'Dodge' 'Unharm' '-0'.

                                               Image result for WHY
    How to fix this?Ok,kita rasa stress sebab kita tak rasa gembira sebab  rasa terbeban ngan hw. So kita tak happpy. If we want to feel 'ureshi' (bapak ah, author animey guna ayat jepun SIS!!!), we have to enjoy. Taktik untuk ni yang terbaik sekali adalah dengan rasa bernafsu apabila buat kerja sekolah .Maknanya cam tak sabar-sabar nak abiskan hw. Try to enjoy learning bc then it'll be fun and not stressing.

   Author tak tau betapa bestnya kelas until kena ponteng kelas untuk praktis hoki.Banyak benda terlepas dan paling x best sbb ken belajar sensorang.So,I'm glad whenever I'm in the class, okay?Oleh disebabkan saya tinggal setahun lebih je kat kelas,say cuba hargainya. Appreciate it when it still here.Not like 2018,with PT3 so close dan semua study teruk2 tapi lepas tamat PT3 ,suasana kelas dah hilang.Tak ada lagi lawak hambar, gelak-gelak dan semua tu.

411 Ibnu Aqil

   Sebelum manamatkan warkah entry ini saya nak selitkan kekata.

'Bila adanya berasa senang,pasti itulah yang bakal dirindui'

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, dear friends.
Floralpop







Jumaat, 26 April 2019

Selamat hari guru Entry*41

Assalamualaikum, dear readers. Author is back again with another post! So wachap author kat 'srama? Apabila dah hampir setiap waktu yg random tetiba duk zikir 'nak balik, nak balik, nak balik x 33' tu maksudnya mmg tak ok la dan rasa cam nak cari buluh buat rakit balik rumah... Jangan tanya nape rakit. Sooo.... Yea dah balik. Hari ni guru-guru ,staf sokongan dan para hamba bawaha- eh pelajar (ehem..ehem) menyambut hari dimana kita panggil sebagai sambutan mengenang jasa tapi masih tak cukup untuk membalas jasanya dan lebih kurang macam itulah yang kita namakan atau panggil sebagai sambutan hari guru dan hari pekerja sekali.

Dengan ini, saya sebagai seorang pencari ilmu di bumi Allah yang luas ini, ingin meluahkan rasa setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap insan berprofesion mulia iaitu guru yang berbakti dan menunaikan amanah mereka dalam mencurahkan pengetahuannya serta mendidik putera puteri tanah air tercinta tanpa mengenal istilah jemu dalam kamus dewan bahasa edisi ke-4 mereka. 'Ingat lawaklah buat ayat cantik-cantik tapi letak lawak sampah kat hujung ayat. Bagussssss (nada sindir).' Nak komen pun tunggu abis dulu ucapan author yang lagi satu ni. 

Setrusnya, seribu seratus sebelas kalung terima kasih buat semua warga staf sokongan yang telah berusaha di balik tabir dalam memastikan kelancaran program dan perjalanan sekolah juga tidak dilupakan usaha pekerja-pekerja bertauliah dalam memastikan keselesaan para pelajar sepanjang menetap di sekolah mahupun asrama. Itu sahaja yang ingin disampaikan author dalam post yang boring lagi membosankan ini. Wa billahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. To dear friends.
Floralpop

Sabtu, 30 Mac 2019

Pernantian Berakhir Entry*40

Assalamualaikum dear readers, kali ini untuk cuti dua minggu ini akhirnya telah berjumpa dengan tirai iaitu penghujungnya. Author pun tak tahu nak tulis apa tapi ada rasa cam hati tergerak nak tulis sesuatu sebelum pergi. Hmmm, kebanyakan entry yang ditulis kat sini cam banyak pasal holiday je cam mana hidup sekolah author? Readers be like 'Hahahahhaahahhaha. Tak nak tau pun,'. Ke author tak ada hidup? Gurau je, hidup author kat asrama kalau nak diceritakan boleh jadi jurnal. Memang hidup kat asrama membuatkan diri saya jadi lebih berdisiplin dan berdasarkan kajian author lebih sihat. Macam mana tu? Hang tanya tangga empat tingkat yang author kena daiki tiap-tiap hari hingga diri pun rasa jemu cam sekolah lama pula gayanya. Haha, minta maaf la kak, bang, tapi itu tak termasuk perjalanan menentang arus untuk ke bilik mandi dan tandas. Bak katanya, author 'dianugerahkan' satu dorm yang menanggung banyak keperitan dan kesengsaran sebagai permulaan author sebagai  budak baru masuk asrama. Alhamdulillah, dapatlah aku fitness(lah sangat) tiap hari sebab kita sendiri pun tau dak asrama kekadang tak ada masa nak menyihatkan diri.

 Pesanan author nak bagitau, kita nampak benda camni yang susah-susah ni bagaikan sesuatu yang membebankan. Okey, bukan 'bagai' tapi memang membebankan pun. Tapi, kita susah juga untuk pandang benda ni baik-baik. Untuk citer author tadi, korang mesti seyes cam tak sanggup kalau korang ditawarkan tidur kat dorm ni, tapi sebenarnya korang just tak nampak yang memalam author dapat tidur dengan nyenyak tanpa disaluti selimut cam sushi roll pun sebab tingkat empat tak ada nyamuk. Walaupun dorm kat blok kitorang tak seindah dorm blok depan tapi budak dorm sentiasa rapat malah lagi rapatlah... ye la tak ada ruang sangat nak berjauhan atau menjauhkan diri dari orang. Bilik air dan speaker mungkin (memang) sangat jauh dari kitorang tapi kami di sini bebas dari pencemaran bunyi ya! Jadi itulah cerita ketidakselesaan dorm yang dapat author ceritakan dan jadikan sebagi satu benda yang baik. Hebatkan? Don't easily to judge~ Sekian, daripada author kegemaran semua, assalamualaikum warahmatullah untuk friends sekalian.


Watashi no namae wa...


Floralpop

Rabu, 27 Mac 2019

Hidup Baru ~Sebuah Penghijrahan Entry*39

Assalamualaikum, dear readers, mengenai entry Kali ini, author ingin menceritakan Brenda Baru Yang telah berlaku pada hikayat diri says baru-baru no. Tanggal 11 Febuari telah melakar sejarah dirinya apabila saya berdiri atas bumi yang berbeza iaitu tanah Bumi Wakafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Sebagai penuntut ilmu Baru, saya terpaksa meninggalkan sekolah lama Dan meninggalkan jejak langkahku Yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah. Maka, bermulalah kehidupan serba baharuku Di sini. Seapanjang sebulan persekolahan, Banyak pengalamanku timba diselitkan juga fakta Di mana saya sangat naif mengenai kehidupan Asrama namun sabarlah wahai diri kerana kau kini bukan berdiri sendiri. Saya berkenalan dengan ramai kawan Baru Dan diri saya beruntung. Mungkin Ada saatnya saya berseorangan tapi tetap tabahkanlah jiwa ini. Dan untuk kesempatan cuti 2 minggu ni saya ucapkan selamat bercuti Dan kembali semula ke sekolah untuk sebuah lagi cabaran mendatang.🙂 Sekian bai untuk dear friends.  Assalamualaikum.

Floralpop

Ahad, 27 Januari 2019

Singer of songs Entry*38


Napstablook undertale

Assalamualaikum,dear readers. Dalam bulan yang didodoi tiupan angin Januari, saya hendak post lagi satu entry list of my fav song. Pasti akan jadi panjang sooo. Nikmatilah....

SINGER OF SONGS

  1. Remnant of Departed Days
  2. Light Dance
  3. Voyage in time
  4. Autumn Stories
  5. I Could Almost Feel You
  6. Painted in The Sky
  7. Overcome
  8. Blue Heart
  9. Long Grass
  10. Stand and Stare
  11. Bouquet of Lumiere
  12. Imber
  13. Whale Family
  14. Rainy Song
  15. White Forest
  16. Over Coastal Range
  17. Eternal Love                

Floralpop


Isnin, 7 Januari 2019

The back to back to school,back! Entry*37

Assalamualaikum,dear readers. Jadi,sekolah bagaimana? Baik,teruk atu terlampau banyak sangat homework hingga dah menyesal dah? haha, jangan lupa selamat tahun baru 2019.Setiap tahun kita mesti dah ada azam tahun baru,kan? Tak kiralah betapa banyak pun azam tu tapi yang penting adalah untuk ada sesuatu yang kita nak usaha bagi mencapainya.Apa fungsi azam?Saya ambil seorang kata hamba Allah ni yang dia bagitau bahawa azam tahun baru dia adalah ini:


BERUBAH



Saya rasa memang semua orang akan timbul satu keinginan untuk berubah .Perubahan bagi menjadi lebih baik daripada tahun lepas. Bergaul denganlebih baik atau belajar dengan  lebih baik hidup dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi apabila kita nakmenjadi seorang yang lebih baik.Selalunya azam saya lebih kurang cam belajar lagi bersungguh dan lepas mendengar kata dia. saya rasa nak ubah balik azam tu dan tanpa segan-silu, azam saya juga adalah untuk jumpa sendiri  diri saya yang lebih baik pada hujung tahun ni. tahun ni dan kalau boleh selamanya. :)

^Azam readers camna pula?

LOGO 2019

Floralpop