Isnin, 31 Disember 2018

Percutianku in a nut shell Entry*36



Image result for nut shell
Nah, kacang.


Assalamualaikum, dear readers. Setelah habisnya sekolah, pasti ada cuti bagi budak-budak sekolah untuk meluangkan masa dengan 'berfaedah'. Dan tak adalah.... author tak suruh pun wat karangan bahasa melayu mengenai tajuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah. Boleh naik jemu kut dengar walaupun cuti ni tak ada tulis sebarang karangan. Kecuali satu ..... tapi menulis post pun dikira ke? Author tetap kira jadi 1-0.

   Sempena cuti sekolah kali ini, author tak dapat post langsung sebab ada sedikit masalah dengan internet kat rumah. Mestilah kat rumah takkan kat pejabat KPM pulak... Jadi secara ringkasnya, author nak citokan jugaklah yo pasal khabo author bercuti. Oleh sebab muatkan je semua dalam satu post jadi dipanggillah al-post ini 'in a nut shell' .Itu satu dan nanti jangan tanya nut shell tu dekat ke jarak sebab hangpa pun mein tulis je. ok? For your information ,nut shell tu bahasa kampung eh, bahasa kita cangkerang kacang...

  Minggu pertama cuti tu boleh la rilek-rilek. Rilek ni memang bagus namun mengundang murka bonda dan ayahanda sekiranya rilek tahap kulit kacang tadi hingga jadi sebab untuk bermalas. So bila dah sampai tahap kacang, adalah beberapa minggu tak boleh buka fon dan laptop. Ada faham? Ni pun sebab author pernah kena. Tapi tu lah kita masih lagi dalam mode 'cuti masih banyak lagi jadi buat apa nak rush, kan?'. Waktu nilah author kena terperap dalam kulit kacang (rumah) dan menunggu saat hari cerah apabila kulit kacang dah terbukak dan akhirnya berkesempatan untuk pergi bercuti. Hebat tak metafora kacang ni? *kacang metaphore intensifies*

  Ada tak waktu cuti bulan November ari tu korang dengar pasal MAHA? Nak dikatakan author memang tiap tahun pergi sebab nak menyokong Malaysia Agriculture Horticulture dan Agrotourism kononnya.Tapi nak dikatakan maha ni memang ohsem. Rambang mata tengok pelbagai paparan cam galeri walk mengenai maha ni lah. Banyak barangan berunsur pertanian yang telah diuji dan dijual di sini. Bukan saja ada makanan, malah turut lagi menampilkan bahan kosmetik, bahan pertanian, rempah ratus dan ternakan darat serta akuatik. Pokok-pokok juga turut dijual di luar dewan . Belum masuk lagi sample makanan yang sedap dan free. Memang banyak sale menairk waktu author pergi ketika hari terakhirnya tu.Jadi, pastikan sekiranya nak dapat diskaun hari last mestilah datang sangat-sangat awal untuk parking yang terhad.

Related image
Gambar hiasan bukan milikku.
Pameran jellyfish.



  Well, my holiday is really about the journey. Saya juga ada pergi ke Sekincan sempena cuti ni. First time LA bagi author untuk dapat peluang tidur dalam kontena . Pelik kan bunyinya? Welcome to my visit to kontena Rumah Tamu Hamka yang terletak di Sekincan,Selangor. Hamka ni penulis buku terkenal 'Tenggelamnya kapal Van Der Wjick' cam seriyesly siap ada poster lagi tentang movie tu. Ada beberapa lagi seperti 'Di Bawah Lindungan Kaabah'. Apabila keluar saje, terserlah pemandangan sawah padi hijau yang terbentang luas. Hijau sebab padi lom menguning lagi. Ada pasar yang tak jauh jual ikan Segar jadi jangan lupa.

  Disamping itu, terdapat momen yang paling getir sepanjang percutian kali ni di mana kekadang sebelum tidur masih teringat-ingat lagi. Tanggal 13 Dismember memang bersiap sungguh nak ambil result PT3. Best lak pakai Baku kurung sekolah tak tau nape. PT3! Satu punca blog ni tak diupdate dengan kerap. Huh! Author yang pemalas ,salahkan pt3 lak. Alhamdulillah, terina kasih kepada guru-guru dan umi Abah atas usaha mereka dalam mendorong saya mencapai keputusan ni. The result day adalah sememangnya perlu dimasukkan dalam list ni atas impak besar terhadap hidup author Malah tidur author sendiri.

  Seterusnya, sepatutnya tahun ni author Dan krluarga akan melawat satu tempat ni tetapi oleh sebab tak jadi, ada sedikit pertukaran perancangan. Kali sekeluarga pergi menjelajah Krabi! Author tau yang day ada travelog pasal Pak Bara, Thailand tapi masih belum ada Krabi,Thailand lagi. Important stuff nak cakap awai-awai adalah author bukan orang Thailand tau cuma GI melancong je! 



  Krabi ni adalah salah satu tempat pelancongan yang dikenali. Sebagai penduduk negara jiran, ada beberapa tempat imigresen yang boleh dilalui. Untuk proses imigresen pantas, author mengesyorkan ubat gigi poliden- sorry sorry ad iklan lak tapi erm dia adalah stesen imigresen di Wang Kelian yang bersempadan dengan Satun. Satun ni ada cerita dalam travelog series ke Pak Bara hari tu. Dari situ, boleh guna waze untuk cari destinasi hotel yang ditempah. Pastikan bukti proses penempahan online disediakan .

  Author menetap di sebuah resort 'Krabi Discovery Resort'. Ada disediakan kolam renang, bilik serta perkhidmatan tour discovery krabi untuk ke pulau. Pulau kat sinilah yang dapat perhatian ramai. Ada 4 buah pulau yang wajib lawat tapi untuk kali ini, author dan keluarga pergi ke jeti yang berdekatan dengan resort je. Sorrylah, jeti apa pun author tak tau sebab tak boleh baca tapi boleh refer gambar. Kat situ ada perkhidmatan kayak besar dan itu adalah recommendation author yang paling tinggi kerana mampu memberikan keperluan masa yang diperlukan untuk bersantai di pulau.