Jumaat, 26 April 2019

Selamat hari guru Entry*41

Assalamualaikum, dear readers. Author is back again with another post! So wachap author kat 'srama? Apabila dah hampir setiap waktu yg random tetiba duk zikir 'nak balik, nak balik, nak balik x 33' tu maksudnya mmg tak ok la dan rasa cam nak cari buluh buat rakit balik rumah... Jangan tanya nape rakit. Sooo.... Yea dah balik. Hari ni guru-guru ,staf sokongan dan para hamba bawaha- eh pelajar (ehem..ehem) menyambut hari dimana kita panggil sebagai sambutan mengenang jasa tapi masih tak cukup untuk membalas jasanya dan lebih kurang macam itulah yang kita namakan atau panggil sebagai sambutan hari guru dan hari pekerja sekali.

Dengan ini, saya sebagai seorang pencari ilmu di bumi Allah yang luas ini, ingin meluahkan rasa setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap insan berprofesion mulia iaitu guru yang berbakti dan menunaikan amanah mereka dalam mencurahkan pengetahuannya serta mendidik putera puteri tanah air tercinta tanpa mengenal istilah jemu dalam kamus dewan bahasa edisi ke-4 mereka. 'Ingat lawaklah buat ayat cantik-cantik tapi letak lawak sampah kat hujung ayat. Bagussssss (nada sindir).' Nak komen pun tunggu abis dulu ucapan author yang lagi satu ni. 

Setrusnya, seribu seratus sebelas kalung terima kasih buat semua warga staf sokongan yang telah berusaha di balik tabir dalam memastikan kelancaran program dan perjalanan sekolah juga tidak dilupakan usaha pekerja-pekerja bertauliah dalam memastikan keselesaan para pelajar sepanjang menetap di sekolah mahupun asrama. Itu sahaja yang ingin disampaikan author dalam post yang boring lagi membosankan ini. Wa billahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. To dear friends.
Floralpop