Sabtu, 30 Mac 2019

Pernantian Berakhir Entry*40

Assalamualaikum dear readers, kali ini untuk cuti dua minggu ini akhirnya telah berjumpa dengan tirai iaitu penghujungnya. Author pun tak tahu nak tulis apa tapi ada rasa cam hati tergerak nak tulis sesuatu sebelum pergi. Hmmm, kebanyakan entry yang ditulis kat sini cam banyak pasal holiday je cam mana hidup sekolah author? Readers be like 'Hahahahhaahahhaha. Tak nak tau pun,'. Ke author tak ada hidup? Gurau je, hidup author kat asrama kalau nak diceritakan boleh jadi jurnal. Memang hidup kat asrama membuatkan diri saya jadi lebih berdisiplin dan berdasarkan kajian author lebih sihat. Macam mana tu? Hang tanya tangga empat tingkat yang author kena daiki tiap-tiap hari hingga diri pun rasa jemu cam sekolah lama pula gayanya. Haha, minta maaf la kak, bang, tapi itu tak termasuk perjalanan menentang arus untuk ke bilik mandi dan tandas. Bak katanya, author 'dianugerahkan' satu dorm yang menanggung banyak keperitan dan kesengsaran sebagai permulaan author sebagai  budak baru masuk asrama. Alhamdulillah, dapatlah aku fitness(lah sangat) tiap hari sebab kita sendiri pun tau dak asrama kekadang tak ada masa nak menyihatkan diri.

 Pesanan author nak bagitau, kita nampak benda camni yang susah-susah ni bagaikan sesuatu yang membebankan. Okey, bukan 'bagai' tapi memang membebankan pun. Tapi, kita susah juga untuk pandang benda ni baik-baik. Untuk citer author tadi, korang mesti seyes cam tak sanggup kalau korang ditawarkan tidur kat dorm ni, tapi sebenarnya korang just tak nampak yang memalam author dapat tidur dengan nyenyak tanpa disaluti selimut cam sushi roll pun sebab tingkat empat tak ada nyamuk. Walaupun dorm kat blok kitorang tak seindah dorm blok depan tapi budak dorm sentiasa rapat malah lagi rapatlah... ye la tak ada ruang sangat nak berjauhan atau menjauhkan diri dari orang. Bilik air dan speaker mungkin (memang) sangat jauh dari kitorang tapi kami di sini bebas dari pencemaran bunyi ya! Jadi itulah cerita ketidakselesaan dorm yang dapat author ceritakan dan jadikan sebagi satu benda yang baik. Hebatkan? Don't easily to judge~ Sekian, daripada author kegemaran semua, assalamualaikum warahmatullah untuk friends sekalian.


Watashi no namae wa...


Floralpop

Rabu, 27 Mac 2019

Hidup Baru ~Sebuah Penghijrahan Entry*39

Assalamualaikum, dear readers, mengenai entry Kali ini, author ingin menceritakan Brenda Baru Yang telah berlaku pada hikayat diri says baru-baru no. Tanggal 11 Febuari telah melakar sejarah dirinya apabila saya berdiri atas bumi yang berbeza iaitu tanah Bumi Wakafan, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Sebagai penuntut ilmu Baru, saya terpaksa meninggalkan sekolah lama Dan meninggalkan jejak langkahku Yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah. Maka, bermulalah kehidupan serba baharuku Di sini. Seapanjang sebulan persekolahan, Banyak pengalamanku timba diselitkan juga fakta Di mana saya sangat naif mengenai kehidupan Asrama namun sabarlah wahai diri kerana kau kini bukan berdiri sendiri. Saya berkenalan dengan ramai kawan Baru Dan diri saya beruntung. Mungkin Ada saatnya saya berseorangan tapi tetap tabahkanlah jiwa ini. Dan untuk kesempatan cuti 2 minggu ni saya ucapkan selamat bercuti Dan kembali semula ke sekolah untuk sebuah lagi cabaran mendatang.🙂 Sekian bai untuk dear friends.  Assalamualaikum.

Floralpop