Ahad, 29 April 2018

Travelog to Pests Buku Antarabangsa KL Entry*26

       Pesta Buku Antarabangsa

Assalamualaikum dear readers,author pada hari ini baru sahaja melawat Putra World Trade Centre di KL.Suasana di sana memang gempak dan sesaklah dipenuhi dengan masyarakat pelbagai umur dari pelajar sehingga orang yang bekerja semua pergi ke sana.Pada tahun ni,negara jiran yang datang meraikan Pesta Buku ialah Indonesia! Sekiranya ingin melawat booth Indonesia ni ada di ground floor.

#bacaworld

Pelbagai booth menarik untuk dilawati. Yang menjadi tarikan pelajar mestilah Akademi Thriller, Ain Maisarah Dan Lawak Stars,Keith . Banyak juga buku-buku rujukan Dan latihan yang dijual dari UPSR, KSSR, KBSM, dan SPM berserta diskaun yang menarik dan menawan hati. Selain itu,Buku dakwah juga mendapat sambutan hangat. Personally, author suka buku yang berunsur sastera yang ada kat booth ITBM dan Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Promosi Buku rujukan dan latihan.

Jangan tak bayar!

Sastera!

Buku sastera in display..

Kesasteraan Melayu kebanggaan kita.

Buku kumpulan utusan, Istimewa.

Selain ITU,author dapati di bahagian Karangkraf ada berlambak buku love story for remaja dan Dari segi penceritaan pun nampak menarik.So bolehlah try untuk menjejakkan kaki ke Dewan Merdeka di ground floor. Sambil-sambil meneroka PWTC tu kekadang diberi penanda buku percuma. Banyak cenderahati seperti keychain dan button batch boleh didapati di sini.

KLBACA! Cantik kot!

One of my button batch.

Selain tu ,ada satu board di Level 1 yang boleh diconteng sebagai kenangan. One of the best thing I love to do.That's all from me and assalamualaikum dan bai dear friends! Also selamat mengunjungi PBAKL tahun 2018 INI! :D


Me-pinky one.

Floralpop

Sabtu, 21 April 2018

Cara memilih buku yang sesuai Entry*25

Assalammualaikum dear readers,jikalau readers nak tau selalunya susah juga nak pilih buku yang rasanya sesuai untuk kita.Kadang-kadang pilih buku bosan tahap gaban mesti ambil masa yang lama untuk baca. Selalunya saya jika hendak dibandingkan dengan budak lain yang sebaya mesti buku yang saya pinjam dari perpustakaan nampak lama , bosan dan tidak menyeronokkan tapi apa yang diorang tak tau buku2 yang sebegitulah mampu memberi jalan cerita yang menarik dan dapat dihayati. Serius saya katakan sbb hal2 memilih buku ni ada caranya... Nak tau?

Tips Memilih Buku Yang Sesuai Untuk Dibaca

  • Don't judge a book by it's cover -Tak semestinya buku yang cover cantik je ada cerita menarik, kadang-kadang cover buruk ada juga cerita menarik.                                     
  • Menepati citarasa anda- Carilah buku yang sesuai dengan hobi dan citarasa anda . Contohnya jika anda orang yang suka sukan jadi buku yang bertemakan sukan mungkin dapat menarik minat readers. Tak kira la kalo readers orang fesyen ke kerja ke pasti ada buku yang secocok dengan minat readers.                                       
  • Baca sinopsis di belakang - Jika dh jumpa buku yang macam best nanti dulu dan cher baca sikit2 butiran cerita yang di belakang buku. Sekiranya memang jodoh, terus je beli/pinjam!                                                                     
  • Baca pendahuluan cerita - Try baca mukasurat 1 supaya dapat buat pilihan tepat.Kalo awal2 lagi baca rasa best syok dan seronok so x de masalah la nak habiskan satu buku.Warning! Jangan buka buku dalam plastik yang kat kedai tu tak pasal-pasal kena beli terus!                                                                                                                              Harap berjaya dapat jumpa buku idaman hati! Buku yang baik dapat bagi kita terhibur disamping memberikan kesedaran dan pengajaran yang baik untuk diikuti. Itu sahaja daripada author dan assalamualaikum dear readers and friends!



Floralpop

Sabtu, 14 April 2018

Honesty is the best policy Entry*24

Assalammualaikum dear readers, saya minta maaf sebab menangguhkan entry ni sampai lena ada cam episod 2 walaupun episod 1 baru mukadimah saja.Baiklah,saya akan cuba sambung cerita saya berkenaan didiplinlah sangat.Saya ada rekod lambat yang tidak membanggakan tetapi pengajaran dia still berkesan. 

Kisah#1- Saya sampai lewat ke sekolah pada tahun ni dan selalunya ketua pelajar akan minta nama untuk ditulis di dalam buku 555 untuk dikira sebagai lewat. Masalahnya sekarang adalah budak tu rakan sekelas saya jadi memanglah dia takkan minta nama. Saya rasa nama saya still kena tulis tapi saya tak pasti sangat. Apabila saya letak beg,ada seorang kp tanya saya yang kp yang catat kelewatan tu ada tanya nama saya atau tidak dan saya jawab apa?           Tak...       Akhirnya saya terlepas dan honesty is the really best policy. :-) JK,esoknya saya kena tangkap sebab lewat lagi... :-(

Kisah#2-Saya dah lewat dan bila saya letak beg sekolah,saya terus keluarkan buku untuk perhimpunan pagi. Buku peraturan adalah salah satunya dan saya letak atas meja dengan tergesa-gesa. Tapi ada sorang kakak ni datang dan ambil buku peraturan tu dan just gone with the wind. Saya lambat perasan dan cuba kejar dia dan gagal. Saya kena berdiri sebab tak 'bawa' buku tu. Dan alasan adalah ada sorang kakak tu datang ambil buku saya dan blah. Perfect =_= . Alhamdulillah ada kakak pengawas tu percaya dan saya sekarang dah jumpa dah buku yang hilang tu. Jangan tanya camne...

Itulah kisah yang saya rasa menarik untuk dikongsikan bersama-sama . Janganlah menipu pengawas dan guru kalo x bertambah buruklah keadaan nanti sebab kalo manusia tak tau tapi Allah Maha Mengetahui... Itu sahaja dan sekian terima kasih. Assalammualaikum dear readers and friends.

Floralpop