Assalamualaikum,dear cool readers.Dan WARNING entri ni panjang...So,pada 19 Oktober 2017 ,saya bersama-sama keluarga menjelajah ibu negeri Pahang-Kuantan.Tak syok la bercerita camni so korang boleh lah membaca entri ini sambil turut sama menjelajah bandar Kuantan ni atau nama sebelumnya ialah Kampung Teruntum.Journey kita bermula 20 Oktober yang lepas.Sebelum keluar ,jom kita intip skit pemandangan luar.
Baiklah! Jom mulakan journey kita!
Pada waktu pagi,saya dan family (bersama-sama kamu semua)pergi ke IIIUM,hospital International Islamic University Malaysia atas beberapa urusan.
|
Jom naik sama-sama! |
|
Entrance of IIUM. |
Setelah beberapa jam menyelesaikan urusan tersebut kami makan tengah hari di kafetaria di sana.Yum dan sihat. :) Kami balik ke hotel kami untuk berehat.Saya berserta ahli keluarga perempuan melawat Teluk Chempedak sementara ahli keluarga lelaki solat jumaat.Cuaca pada hari itu sanagat baik dan tidak panas menambahkan lagi cera di wajah.Kami melalui sebuah jambatan panjang untuk pergi ke tempat sebelah .
|
Pemandangan sebelum melalui jambatan.oleh sebab cuaca agak berangin,botol kosong yang saya letak jatuh ke dalam air...Sorry,umi.. :'(
Jom kita menghayati pemandangan yang cantik di atas jambatan.You're welcome. :D
Big rock!
Ooo..Destinasi kita di sana!
*Bukan gambar saya....Suasana jambatan.
Saya bersama-sama sisterku pergilah berjalan-jalan menghirup udara.Amaran!Jangan pakai kasut tumit tinggi ke situ or you'll be regretting it....Like me...Udara pada masa tersebut sememangnya sangat segar.Yalah,mana ada kereta yang mampu menggangu kesejahteraan udara di sini kecuali motor yang saya nampak lalu di atas jambatan tu....
*Bukan gambar saya..Ketam kenit/kecil yang dijumpai ketika sibuk berjalan-jalan.Kita punyalah ingat bulat2 tu najis ketam... :O Sesuai dijadikan haiwan peliharaan di atas tangan untuk beberapa saat sebelum dia jatuh dengan sendirinya...
Setelah puas menikmati permandangan indah ciptaan Allah S.W.T.Kami kembali ke umi yang menunggu sebelum kembali melalui jambatan tersebut kami dikelilingi dengan an army of mony- eh kera liar.Peringatan yang berguna,Jangan korang kacau hidup diorang kalau tak nak diorang kacau hidup kau.
*Bukan gambar saya.Apa yang diperlukan untuk melintas jambatan camni ialah seorang pak cik tua perkasa yang tak takut menghalau monyet.Ya,kitorang lalu belakang pak cik itu yang bersama-sama anak buahnya.
"Ni boleh buat jemaah solat Jumaat ni,"kata anak buah pak cik tu.Saya setuju...Sangat..
Banyak kedai yang menyediakan pelbagai cenderahati menarik untuk memikat hati pengunjung.Terdapat gelang,keychain dan magnet fridge.Kami solat sebentar dan beli aiskrim sebelum saya dan kakak saya pergi beli keychain sementara umi dan adik pergi ke kereta yang menunggu.saya pun dibelanja keychain turtle comel yang squishy.Thanks,sis!Destinasi minum petang kita yang terkenal di Kuantan ialah...
Warong Paksu & Maksu,Tanjong Lumpor
Terdapat makanan seperti sotong celup tepung.udang celup tepung,ikan celup tepung dan keropok lekor yang sedap.Baik diambil panas-panas ,ya!Ikan celup tepungnya segar kata abahku.Waktu pukul 6.00 petang lebih semasa kami daatng tu sememangnya telah penuh.Sebaiknya pergi awal lagi sebelum tu.Nyum..Selepas selesai mengisi perut,kami pun pergi ke tempat menangkap ikan di Tanjong Lumpor.
Bot nelayan
Pemandangan sekitar
Siapa nak jalan sama-sama ngan kita?
Usai,kami solat di sebuah surau berdekatan.Destinasi travel-blog kita seterusnya adalah Laman Teruntum.Memang best sebab ada taman permainan dan menjadi tumpuan budak-budak untuk bermain pelbagai aktiviti seperti buih gergasi! :O Kita pun boleh melihat sungai .Ada perkhidmatan seperti beca yang digunakan oleh abah kami yang baik.;D Thanks,abah!
Welcome! <3
Woah!
Look at that! Be-u-tiful
You're welcome,my fwenz!
Isometri glob dude~
Yeay!Taman permainan!You'll be out of breath!(but still alive)
Vrooom!
Watch out! KEDAI!!
Nah korang pulak turn bawa beca...Naper tunggu lagi?Ambil la, orang dah bagi.!
Baliklah kitorang lepas tu.Keletihan.Itulah pengembaraan kita pada hari ni sebab esok dah balik..I hope korang pun boleh lawat la sini pada cuti akan datang.Well...This is the end...Bai to Kuantan.
Bai sungai. Sedihnya...*Perjalanan balik pada 21 Oktober
Saya harap korang terhibur dan seronok mengembara ke Kuantan atas katil korang(mungkin tergolek-golek).Itu sahaja untuk kali ini.Selamat menunggu untuk series travelog yang seterusnya.Assalamualaikum dan bai,dear thrilling friends.
By author-Floralpop
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan