Assalamualaikum, dear readers. Sudah setahun saya berjaya hidup dan survive di KISAS. Aduh, masa dah tak lama dah dan mungkin esok author akan jadi Tingkatan 5. What a year. So apa yang kau dah belajar kat sana. Hmmm... So dalam entry ni saya akan kongsikan life lesson yang saya belajar sepanjang setahun persekolahan ni. :)
1*Dalam hidup ni, kita kena explore. Untuk dapat satu benda untuk kita rasa seronok dan gembira, bukan ke kita kena cari dulu benda tu. Dan tak semestinya kita tau benda apa yang kita nak tu. But slowly as the time flow so smoothly ,you can find yourself enjoy the things that once becomes something unknown or unsure. To start it is simple but the most important thing is for you to keep on, push yourself, train yourself and get a revenge to the best among the best. So if you feeling down, or feeling that you are weaker than anybody else, marilah ku berpesan:
Wahai diri, angkatlah mukamu itu
Buanglah setiap rasa gentar ke dalam laut dalam,
Pandanglah atas, Malah jeritlah hingga awan teratas
Kau mampu dan percayalah dengan keyakinanmu itu tiada siapa dapat halang dirimu
TERBANG
DEDICATED TO: KITH - MY TOBE HOCKEY TEAM
2* Disamping itu, apa yang kudapat yang bila makin membesar rasa sakit tu berbeza. Bila kita masih budak luka tu boleh nampak dan sakit dia boleh hilang dengan ubat. Tapiii... Bila ku makin membesar sakit yang ku dapat lukanya di hati. Dan luka tu terhasil daripada sikap mazmumah kita sendiri. Jikalau tiada adab dalam bicara, tiada simpati dengan siapapun dia, dan jika rasa dendam dan buruk sangka menebal di hati, maka hasilnya ada hati yang terluka nanti. Bak kata kakak saya "Benda boleh settle, lek ah" *teary-proud-to-my-sister-face ehek* Maka beradablah dalam bergaul dan make sure to settle things down and no need to rush.
DEDICATED TO:SOFWATUL MUKHTAROH
DEDICATED TO:SOFWATUL MUKHTAROH
3* Setiap orang ada masalah diorang sendiri. Dan jikalau ada kawanmu yang dia ingin berubah juga ke arah kebaikan. Namun, susah sebab bagai tiada siapa mampu percaya dia malah tiada orang mahu dorong dia jadi kitalah yang boleh bantu dia. Nasihat dia di sini , percayalah setiap orang bukan sahaja mampu malah semua BOLEH berubah.Your trust and care matters so much. Trust me. :)
DEDICATED TO: MY DESKMATE -STAR
4* Di saat orang mahu beri kita ilmu, kita tadahlah banyak-banyak. Kerana semua ilmu tak sia-sia sebab nanti kita akan membesar jadi seseorang yang akan memberi pula. Dan di tangan kitalah tanggungjawab mendidik ummah tu ada. Coretlah dan tulislah ilmu tu sebagai senjatamu untuk melindungi akidah dan iman kita. InsyaAllah.
DEDICATED TO:AA, FA, JN -SENIOR SENPAIS
5*Ikhtilat tu kenalah jaga dan tak perlulah galak sangat. Yang paling penting, dalam kelas, fokus kat ilmu yang guru mahu ajar. Setiap kali nak peperiksaan, hati ni sayu , ingat kembali segala susah payah kudrat cikgu yang mahu kita jadi anak didik yang berjaya. Betapa mereka sanggup berkorban masa malah kekadang tak hiraukan pun duit yang ada untuk kami yang hanyalah muridnya yang sering lalai menghargai jasa terbesar si murabbi. Semua kejayaan kita tu baru diri ini tahu yang hakikatnya itu hasil daripada murabbi yang sentiasa sedia mengajar kami. Terima kasih cikgu.
DEDICATED TO: IBNU AQIL & OUR DEAREST MURABBI
Itulah dia ibrah yang saya kongsikan pada kali ini. Dan terima kasih semua pihak untuk pengalaman dan ibrah yang dapat saya ambil dan amalkan. InsyaAllah, nanti kita akan ada travelog siri ke-6. YAYYYYY!Akhir kalam, bersyukurlah ke Hadrat Ilahi untuk kehidupan ini. Alhamdulillah. Itu sahaja untuk entry kali ini. Assalamualaikum, dear friends.
Floralpop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan