Assalammualaikum dear readers,jikalau readers nak tau selalunya susah juga nak pilih buku yang rasanya sesuai untuk kita.Kadang-kadang pilih buku bosan tahap gaban mesti ambil masa yang lama untuk baca. Selalunya saya jika hendak dibandingkan dengan budak lain yang sebaya mesti buku yang saya pinjam dari perpustakaan nampak lama , bosan dan tidak menyeronokkan tapi apa yang diorang tak tau buku2 yang sebegitulah mampu memberi jalan cerita yang menarik dan dapat dihayati. Serius saya katakan sbb hal2 memilih buku ni ada caranya... Nak tau?
Tips Memilih Buku Yang Sesuai Untuk Dibaca
- Don't judge a book by it's cover -Tak semestinya buku yang cover cantik je ada cerita menarik, kadang-kadang cover buruk ada juga cerita menarik.
- Menepati citarasa anda- Carilah buku yang sesuai dengan hobi dan citarasa anda . Contohnya jika anda orang yang suka sukan jadi buku yang bertemakan sukan mungkin dapat menarik minat readers. Tak kira la kalo readers orang fesyen ke kerja ke pasti ada buku yang secocok dengan minat readers.
- Baca sinopsis di belakang - Jika dh jumpa buku yang macam best nanti dulu dan cher baca sikit2 butiran cerita yang di belakang buku. Sekiranya memang jodoh, terus je beli/pinjam!
- Baca pendahuluan cerita - Try baca mukasurat 1 supaya dapat buat pilihan tepat.Kalo awal2 lagi baca rasa best syok dan seronok so x de masalah la nak habiskan satu buku.Warning! Jangan buka buku dalam plastik yang kat kedai tu tak pasal-pasal kena beli terus! Harap berjaya dapat jumpa buku idaman hati! Buku yang baik dapat bagi kita terhibur disamping memberikan kesedaran dan pengajaran yang baik untuk diikuti. Itu sahaja daripada author dan assalamualaikum dear readers and friends!
Floralpop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan