Assalammualaikum dear readers, saya minta maaf sebab menangguhkan entry ni sampai lena ada cam episod 2 walaupun episod 1 baru mukadimah saja.Baiklah,saya akan cuba sambung cerita saya berkenaan didiplinlah sangat.Saya ada rekod lambat yang tidak membanggakan tetapi pengajaran dia still berkesan.
Kisah#1- Saya sampai lewat ke sekolah pada tahun ni dan selalunya ketua pelajar akan minta nama untuk ditulis di dalam buku 555 untuk dikira sebagai lewat. Masalahnya sekarang adalah budak tu rakan sekelas saya jadi memanglah dia takkan minta nama. Saya rasa nama saya still kena tulis tapi saya tak pasti sangat. Apabila saya letak beg,ada seorang kp tanya saya yang kp yang catat kelewatan tu ada tanya nama saya atau tidak dan saya jawab apa? Tak... Akhirnya saya terlepas dan honesty is the really best policy. :-) JK,esoknya saya kena tangkap sebab lewat lagi... :-(
Kisah#2-Saya dah lewat dan bila saya letak beg sekolah,saya terus keluarkan buku untuk perhimpunan pagi. Buku peraturan adalah salah satunya dan saya letak atas meja dengan tergesa-gesa. Tapi ada sorang kakak ni datang dan ambil buku peraturan tu dan just gone with the wind. Saya lambat perasan dan cuba kejar dia dan gagal. Saya kena berdiri sebab tak 'bawa' buku tu. Dan alasan adalah ada sorang kakak tu datang ambil buku saya dan blah. Perfect =_= . Alhamdulillah ada kakak pengawas tu percaya dan saya sekarang dah jumpa dah buku yang hilang tu. Jangan tanya camne...
Itulah kisah yang saya rasa menarik untuk dikongsikan bersama-sama . Janganlah menipu pengawas dan guru kalo x bertambah buruklah keadaan nanti sebab kalo manusia tak tau tapi Allah Maha Mengetahui... Itu sahaja dan sekian terima kasih. Assalammualaikum dear readers and friends.
Floralpop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan